Followers

Tuesday, 10 June 2014

MY BLOG


Welcome To My Blog Let's Visit Korea...


Bismillahirrohmanirrohim...


 Assalamualaikum dan salam sejahtera...


An-nyeong-ha-sae-yo (hello)...


 

Terima kasih kepada semua visitor kerana sudi singgah at my pages ^_^
Dan memilih blog ini sebagai panduan untuk melancong ke bumi sonata. 

 Sesiapa yang tengah plan nak melancong ke korea, 
kat bawah ini terdapat beberapa tips untuk memudahkan
 perjalanan dan melancarkan percutian anda semasa berada di Korea nanti....

Try la tengok dulu mana taw tiba-tiba berminat nak pergi sana,
Tak pun hati tu dah mula suka kat Oppa2 disana betol tak hah???
 Mana taknyer mamat2 korea kat sana semua hensem2!!! 
Bak kata omputeh apa tu?? baby face hehehe 
kalo dah terjatuh hati kat orang bumi sonata tuu! parah cik kak cik adik syg :p
at least kena pergi jugak sekali baru taw macam mane hihi3
Okey setakat nie jela celoteh saya lain kali sambung lagi
 Tak cukup masa nak cakap banyak2 
Nanti uols tak baca pulak tips yang saya bagi nie ^_o

Saya berharap agar percutian anda selamat dan dipermudah olehNya...
Harap kita dapat bertemu lagi di masa akan datang Insyaallah... ^_^




 Aku Hanyalah Hamba Allah....


Sunday, 1 June 2014

HOTEL & RESORT AT KOREA


 RAMADA PLAZA JEJU



Reference : Ramada Plaza Jeju

Terletak di Jeju, Ramada Plaza Jeju Ocean Front dan ia berhampiran dengan Batu Yongduam, Jeju Mokgwana serta Taman Air Jeju. 





LOTTE JEJU RESORT ART VILLAS




Terletak di Seogwipo, Lotte Jeju Resort Art Villas terletak di pelantar laluan dan berhampiran dengan Kelab Rekreasi Pinx, Taman Botani Yeomiji dan Muzium Beruang Teddy Jeju. Antara tempat tarikan tambahan kawasannya ialah Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Jusangjeolli Cliff.





LOTTE HOTEL JEJU



Reference: Lotte Hotel Jeju

Terletak dalam kejiranan (Jungmun) di Seogwipo, Lotte Hotel Jeju adalah berhampiran dengan Muzium Beruang Teddy Jeju, Jungmun Golf Club dan Taman Botani Yeomiji. Antara tempat tarikan tambahan berdekatan dengan tempat peranginan mewah ini ialah Pusat Konvensyen Antarabangsa dan Cenuram Jusangjeolli.





GRAND HYATT SEOUL



Terletak dalam kejiranan (Itaewon) di Seoul, Grand Hyatt Seoul adalah berhampiran dengan Teater Nasional Korea, Muzium Nasional Korea dan Menara N Seoul. Juga terdapat berdekatan adalah Taman Namsan dan Memorial Perang Korea.





JEJU PENTHOUSE


Reference : Jeju Penthouse

Terletak di Seogwipo, Jeju Penthouse adalah berhampiran dengan Stadium Piala Dunia Jeju. Antara tempat tarikan tambahan kawasannya ialah Air Terjun Cheonjiyeon dan Pusat Konvensyen Antarabangsa.





HAEVICHI RESORT JEJU


Reference : Haevichi Resort Jeju

Terletak dekat dengan pantai, Haevichi Resort Jeju adalah dalam kejiranan (Pyoseon) di Seogwipo, dan tempat tarikan kawasannya merangkumi Seongeup Folk Village dan Muzium Trick Art. Antara tempat tarikan tambahan wilayahnya ialah Seongsan Ilchulbong dan Sangumburi Crater...








KOREA TRANSPORTATION



SUBWAY (KERETA API BAWAH TANAH)



kabin subway yang selesa...berikan keutamaan tempat duduk kepada wanita dan orang tua yer ^_-


Sistem subway bergerak di sekitar Seoul sangat mudah kerana Seoul mempunyai sistem pengangkutan yang cekap. Dengan kos yang rendah, selesa dan menepati masa, sistem pengangkutan Seoul diiktiraf antara yang terbaik di dunia.  .Laluannya meliputi hampir segenap kawasan penting yang menjadi tarikan pelancong di Seoul. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu berbahasa korea kerana sistem subway di seoul mesra pelancong dengan panduan interaktif dalam bahasa Inggeris. Setiap arahan dan pengumuman ketibaan di hentian diumum dalam bahasa Inggeris. Dengan kabin yang bersih dan selesa serta masa menunggu yang singkat, subway merupakan pilihan pengangkutan yang mudah dan murah.





T-MONEY CARD 


T-Money card berfungsi seperti kad touch n go dan memberikan anda rebet untuk tambang perjalanan. Juga terdapat dalam bentu key chain.

Tambang basic subway ialah 1000 won (lebih kurang RM 3)...harga juga boleh berubah  mengikut jarak perjalanan. Setiap pembelian tiket akan dikenakan deposit  500 won dan boleh diambil semula dengan memasukkan tiket ke dalam refund machine di akhir destinasi. Untuk memudahkan anda, sebaiknya anda membeli T-Money card di stesyen subway dan 7 eleven dengan harga 2500 won.





TAXI



International Taxi boleh dikenali dengan warna oren.

Jika anda bergerak dalam kumpulan 3 hingga 4 orang, adalah lebih mudah dan murah menaiki teksi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain sekitar Seoul.  Terdapat lebih dari 70000 teksi berlesen di Seoul dan mudah didapati di mana sahaja kecuali pada lewat malam. Tambang basic ialah 2500 won dan boleh dibuat melalui tunai dan T-Money card. Sesetengah teksi menerima kad kredit. Terdapat banyak jenis teksi antaranya standard, duluxe (sedikit mahal) dan jumbo (boleh memuatkan hingga 9 penumpang. Seoul juga, menyediakan International Taxi dimana pemandunya mempunyai sijil bertutur bahasa Inggeris.  Bayaran tambahan sebanyak 20% dikenakan jika anda membuat tempahan...


Reference :International Taxi
Reference Taxi Number  :1644-2255





BUS



 Bas biru menghubungkan Seoul dengan pinggir bandar

Seoul mempunyai sistem bas yang baik. Kelebihan menaiki bas ialah anda boleh menikmati pemandangan Seoul sepanjang perjalanan . Sistem bas seoul dikelaskan mengikut warna. Bas hijau dan kuning bergerak antara hentian bas dan stesyen subway. Bas biru menghubungkan Seoul dengan pinggir bandar dan bas merah merupakan bas ekspres untuk perjalanan jauh dan ke lapangan terbang. Peta laluan bas dalam bahasa Inggeris boleh didapati di bawah.

Reference :Peta Laluan Bas




BICYCLE



Kalau naik basikal kat korea memang best sangat.. sambil menghirup udara yang segar dan melihat suasana yang indah di sana ^_^

Berbasikal di sekeliling Seoul sangat menyeronokan dan mudah kerana korea menyediakan laluan basikal hampir di semua tempat. Selain menjimatkan masa, berbasikal boleh membuang lemak yang terkumpul di perut. Di Korea basikal boleh dibawa masuk ke dalam bas dan subway di Seoul jika anda bergerak antara 2 tempat yang agak jauh di Seoul...



Wednesday, 21 May 2014

INTERESTING PLACES TO SHOPPING AT KOREA


DONGDAEMUN MARKET



Post kali ni nak citer tempat shopping yang  best di Seoul, Korea. Kalau uols dah sampai korea wajib pergi shopping kat 2 tempat ni iaitu Dongdaemun dan Namdaemun Market. Ehh...nama macam sama je... Sebenarnya Dongdaemun dan Namdaemun ini mempunyai kisah tersendiri pada zaman dulu dan ia merupakan pintu gerbang utama ke kota Seoul...

Dongdaemun menggabungkan kemeriahan membeli belah di mall ia merupakan out door bazaar... juga dikenali sebagai syurga fesyen bagi masyarakat Korea yang sangat suka pada fashionistas.. Market ini juga merupakan shopping mall yg terbesar di korea. Hampir setiap perkara yang berkaitan dengan fesyen boleh didapati di sini. Bak kata zalora...beratus jenama, beribu gaya. Anda boleh memilih untuk shopping di mall pencakar langit seperti Doota dan Migliae atau shopping di outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.




Pintu Gerbang Timur Utama Kota Dongdaemun



Inilah ikon Dongdaemun... Pintu gerbang timur utama kota Seoul pada zaman silam. Lebih besar dari gerbang A Famosa Portugis di Melaka

Anda boleh berkunjung ke Dongdaemun siang atau pun malam kerana ia sentiasa open hampir 24 jam.  Pada siang hari Dongdaemun dipenuhi dengan pelancong yang mencari barang pada harga berpatutan. Sebelah malamnya pula menjadi tempat peniaga memborong barang pada harga pukal. Untuk ke Dongdaemun, anda boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesyen Dongdaemun



Bahagian Kasut



salah satu jalan di Dongdaemun yang dipenuhi dengan kedai kasut..





NAMDAEMUN MARKET.



Namdaemun merupakan pintu gerbang selatan utama Kota Seoul pada zaman dinasti Joseon. Bersebelahan dengan pintu gerbang ini, terdapat Pasar Namdaemun
yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pakaian, kasut, cenderahati, dan banyak lagi.

kalau uols dah sampai kat sini saya jamin anda pasti borong banyak barang kan hehe... Sebab mereka menawarkan harga yang sangat berpatutan dan agak murah juga... Pelbagai barang dijual di sini, dengan harga dan kualiti yang sangat bagus. Barangan yang popular di sini ialah pakaian, kraftangan, souvenir dan cermin mata, Item popular seperti brooch dan sutera Korea semuanya ada dijual. Barang yang pelik dan jarang dijual di tempat lain seperti ginseng dan ubatan tradisional Korea juga mudah didapati di market ini...

Tapi yang paling best dekat Namdaemun nie dah ramai peniaga korea boleh berbahasa melayu dan mudah untuk pelancong dari Malaysia membuat proses tawar menawar dalam bahasa melayu hihi...tapi bukan semua ye...ada sebahagian je...^__^



Bahagian Pakaian 



Kalau nak pergi namdaemun sebaiknya pergi waktu siang sebab banyak kedai tutup pada waktu malam. Tengoklah meriah betul pasar Namdaemun nie mana taknya, barang kat sini semua murah-murah belaka seronok sangat taw. Jomlah kite g Korea ramai2 mesti best punye tak caye? wait and see jee hihi....Tapi sebelum tu uols kene ada pasport dulu yer baru boleh pergi...Gamshamida ^_^ 



Thursday, 8 May 2014

HALAL RESTAURANT AT KOREA


DUBAI RESTAURANT 


Mencari restoran halal di Seoul memang agak sukar. Tapi jika anda pergi ke Itaewon yang merupakan kawasan muslim di Seoul, restoran halal ada di mana2. Nak cari pun tak susah kalau dah berada di area ni Jalan beberapa langkah jumpa restoran halal. Jalan 4..5 langkah lagi jumpa restoran halal. So nak share lah beberapa restoran halal di Itaewon





ANKARA PICNIC RESTAURANT


Restoran Ankara Picnik menyediakan menu seperti kebab turki pada harga yang berpatutan dan lebih murah dari restoran lain. Kalau anda semua nak makan makanan yang lebih murah boleh lah try kat Ankara Picnic




SALAM RESTAURANT


Restoran ini terletak berdekatan dengan kawasan  Itaewon  ia menyediakan masakan Turki. Makanan turki seperti makanan timur tengah lain terutamanya kebab.





USMANIA RESTAURANT


Restoran halal ini menyediakan makanan Pakistan tulen dan dihiasi dengan dekorasi Pakistan. Antara yang popular ialah kebab daging dan ayam tandoori




WAZWAN RESTAURAN

Terletak bersebelahan Masjid di Itaewon, restoran ini menyediakan makanan india pada harga yang berpatutan. Menu kat sini macam restoran mamak kat Malaysia. ada nasi bersama lauk, ayam tandoori, kari, roti canai dan lain2...




ARABIAN RESTAURANT


Kepada pelancong yang nak makan nasi arab boleh lah pergi ke restoran ni. kerana ia menyajikan makanan arab yang menggunakan bahan dan rempah yang segar. sedap gitu kalau x caye boleh lah try hehe...


Friday, 2 May 2014

KOREA FOODS


ITAEWON'S DIVERSE AND DELICIOUS RESTAURANT


Burger keju bacon Grill



Restoran barat yang terletak berdekatan dengan sekitar Stesen Itaewon ( 이태원역 ). Burger keju bacon grill ini merupakan makanan harian bagi masyarakat di Seoul Korea pada zaman sekarang. Restoran Itaewon's  ini juga menjadi  tempat daya tarikan pelancong yang ramai kerana kesedapan makanan yang paling best di Seoul.



KIMCHI 



kimchi merupakan makanan tradisional bagi rakyat Korea ia boleh didapati dimana-mana sahaja. Rasanya amat sedap  sekali bila dimakan sewaktu ia  masih panas, kerana ia mempunyai rasa pedas dan sedikit masam. biasanya kimchi diperbuat daripada kobis cina dan dicampur dengan serbuk cili kemudian diperap sehingga boleh dimakan.





BACON GRILL CHICKEN 



Seperti kebanyakan bandar-bandar lain. Korea juga mempunyai masakan halal bagi pelancong yang beragama islam, restoran tersebut dikenali sebagai salam restoran. ia terletak di kawasan Stesen Itaewon yang terkenal dengan pelbagai hidangan makanan.




NORYANGJIN FISHERIES WHOLESALE MARKET (노량진수산시장)


PASAR BORONG HIDUPAN LAUT


sebuah Pasar yang menjual hasil hidupan laut yang segar. ia terletak berdekatan dengan stesen Noryangjin. jika anda berada berdekatan dengan tempat ini, akan muncul satu bau segar udara laut yang masin di antara laluan atas yang menghubungkan Stesen Noryangjin (노량진역) dan melalui bumbung pasar. Disini juga anda boleh melihat baris panjang tangki ikan yang disusun tinggi. Bandar yang dipenuhi dengan hidupan laut dan eksotik. Noryangjin merupakan Pasar Perikanan Borong yang paling besar di kawasan tersebut(노량진 수산 시장) dan ia juga mempamerkan kepelbagaian hidupan laut yang tiada di negara lain.


Discovering Video Noryangjin Wholesale Fisheries Market






Reference Delicious food: The Food Map At Korea

Monday, 24 March 2014

KOREAN VIEWS


JEJU ISLAND




Pulau Jeju merupakan pulau yang sangat indah di Korea. Pada musim gugur ia merupakan musim yang paling sesuai untuk menikmati keindahan suasana pantai di Pulau Jeju. Disamping itu, anda juga dapat menyaksikan  burung-burung di Pulau Ha-Do atau anda boleh memilih untuk melihat pemandangan pulau dari tempat yang tinggi.



NAMI ISLAND





Sebuah tempat dimana terdapat suasana yang romantik dan keindahan yang berbeza pada setiap musim. Pulau Nami  terletak di Bangha-ri, myeon Namsan-,Chuncheon-si. Pulau Ini  merupakan sebuah pulau Bukhangang, yang dibuat hasil dari pembangunan Cheongpyeong  Dam. Bagi penggemar winter sonata anda wajib datang ke Pulau ini untuk melihat dua pameran utama Winter Sonata...




ISTANA CHANGDEOKGUNG





Istana Changdeokgung merupakan istana Dinasti Joseon di Seoul. Changdeokgung bermakna "Istana Kebajikan Gemilang". sehingga kini, komplek ini dikagumi kerana mewarisi elemen-elemen seni bina Zaman Tiga Kerajaan yang harmoni dengan alam. Istana ini telah dirasmikan sebagai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.




MASJID BESAR KOREA







Di Itaewon juga terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Besar Korea. Kepada yang muslim kalau melawat Korea singgahlah solat di sini. Dan kita juga boleh melihat bagaimana syiar Islam mula bertapak di bumi asing ini. kebiasaannya para pelajar di universiti Incheon yang terdiri dari pelajar Malaysia dan negara lain yang turun padang untuk menjalankan aktiviti dakwah kepada orang ramai di Korea.






7 HANGANG PARK


Jika  sesiapa yang suka beriadah, anda boleh la berkungjung ke Hangang Park. Terdapat banyak taman di sepanjang sungai Han dengan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan. Tteukseom Theme Park, tempat mandi manda dan beriadah terutamanya pada musim panas Pada musim sejuk, taman tema ni akan bertukar menjadi tempat untuk bermain luncur salji




PUNCAK NAMSAN



Tempat yang paling terkenal di Namsan ialah (love) Simbolik cinta dengan meletakkan kunci yang mempunyai nama pasangan di puncak Gunung Namsan...


Di sekitar Namsan terdapat banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati. Di kaki gunung Namsan terdapat Namsagol Hanok Village yang merupakan perkampungan tradisional orang2 korea. terdapat juga Seoul Time Capsule.




Di puncak Namsan juga ada orang buat pertunjukan tarian dan seni mempertahankan diri korea....best2


Tanglung yang besar dan unik diletakkan di sepanjang sungai yang sangat cantik



 MYEONGDONG




Myengdong merupakan lokasi kesukaan pelancong yang datang ke Seoul. Di tempat ini terdapat banyak tempat untuk membeli-belah mulai dari brand tempatan sehingga brand internasional seperti H&M ,GAP, dan yang lain-lain. Outlet kosmetik Korea yang terkenal seperti etude dan face shop juga terdapat di sini.




sekian tempat-tempat yang menarik di Korea semoga tempat ini menjadi destinasi yang anda kunjungi semasa percutian ke Negara ginseng, Korea... GAMSHAMIDA ^__^






VIDEO 50 BEAUTIFUL PLACE IN KOREA