DUBAI RESTAURANT
Mencari restoran halal di Seoul memang agak sukar. Tapi jika
anda pergi ke Itaewon yang merupakan kawasan muslim di Seoul, restoran halal
ada di mana2. Nak cari pun tak susah kalau dah berada di area ni Jalan
beberapa langkah jumpa restoran halal. Jalan 4..5 langkah lagi jumpa restoran
halal. So nak share lah beberapa restoran halal di Itaewon
ANKARA PICNIC RESTAURANT
Restoran Ankara Picnik menyediakan menu seperti kebab turki pada harga yang
berpatutan dan lebih murah dari restoran lain. Kalau anda semua nak makan makanan yang lebih murah boleh lah try kat Ankara Picnic
SALAM RESTAURANT
Restoran ini terletak berdekatan dengan kawasan Itaewon ia menyediakan masakan Turki. Makanan turki seperti makanan timur tengah lain terutamanya kebab.
USMANIA RESTAURANT
Restoran halal ini menyediakan makanan Pakistan tulen dan
dihiasi dengan dekorasi Pakistan. Antara yang popular ialah kebab daging dan
ayam tandoori
WAZWAN RESTAURAN
Terletak bersebelahan Masjid di Itaewon, restoran ini
menyediakan makanan india pada harga yang berpatutan. Menu kat sini macam
restoran mamak kat Malaysia. ada nasi bersama lauk, ayam tandoori, kari, roti canai dan lain2...
ARABIAN RESTAURANT
Kepada pelancong yang nak makan nasi arab boleh lah pergi ke restoran ni. kerana ia menyajikan makanan arab yang menggunakan bahan dan rempah yang
segar. sedap gitu kalau x caye boleh lah try hehe...
No comments:
Post a Comment