SUBWAY (KERETA API BAWAH TANAH)


kabin subway yang selesa...berikan keutamaan tempat
duduk kepada wanita dan orang tua yer ^_-
Sistem subway bergerak di sekitar Seoul sangat mudah kerana Seoul
mempunyai sistem pengangkutan yang cekap. Dengan kos yang rendah, selesa dan
menepati masa, sistem pengangkutan Seoul diiktiraf antara yang terbaik di
dunia. .Laluannya
meliputi hampir segenap kawasan penting yang menjadi tarikan pelancong di
Seoul. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu berbahasa korea kerana sistem
subway di seoul mesra pelancong dengan panduan interaktif dalam bahasa
Inggeris. Setiap arahan dan pengumuman ketibaan di hentian diumum dalam bahasa
Inggeris. Dengan kabin yang bersih dan selesa serta masa menunggu yang singkat,
subway merupakan pilihan pengangkutan yang mudah dan murah.
T-MONEY CARD

T-Money card berfungsi seperti kad touch n go dan memberikan
anda rebet untuk tambang perjalanan. Juga terdapat dalam bentu key chain.
Tambang basic subway ialah 1000 won (lebih kurang RM
3)...harga juga boleh berubah mengikut jarak perjalanan. Setiap pembelian tiket
akan dikenakan deposit 500 won dan boleh
diambil semula dengan memasukkan tiket ke dalam refund machine di akhir
destinasi. Untuk memudahkan anda, sebaiknya anda membeli T-Money card di
stesyen subway dan 7 eleven dengan harga 2500 won.
TAXI

International Taxi boleh dikenali dengan warna oren.
Jika anda bergerak dalam kumpulan 3 hingga 4 orang, adalah
lebih mudah dan murah menaiki teksi untuk bergerak dari satu tempat ke tempat
lain sekitar Seoul. Terdapat lebih dari 70000 teksi berlesen di Seoul dan mudah didapati di mana
sahaja kecuali pada lewat malam. Tambang basic ialah 2500 won dan boleh dibuat
melalui tunai dan T-Money card. Sesetengah teksi menerima kad kredit. Terdapat
banyak jenis teksi antaranya standard, duluxe (sedikit mahal) dan jumbo (boleh
memuatkan hingga 9 penumpang. Seoul juga, menyediakan International Taxi dimana
pemandunya mempunyai sijil bertutur bahasa Inggeris. Bayaran tambahan sebanyak 20% dikenakan jika
anda membuat tempahan...
Reference :International Taxi
Reference Taxi Number :1644-2255
BUS

Bas biru menghubungkan Seoul dengan pinggir bandar
Seoul mempunyai sistem bas yang baik. Kelebihan menaiki bas ialah anda boleh menikmati pemandangan
Seoul sepanjang perjalanan . Sistem bas seoul dikelaskan mengikut warna. Bas hijau
dan kuning bergerak antara hentian bas dan stesyen subway. Bas biru
menghubungkan Seoul dengan pinggir bandar dan bas merah merupakan bas ekspres
untuk perjalanan jauh dan ke lapangan terbang. Peta laluan bas dalam bahasa
Inggeris boleh didapati di bawah.
BICYCLE

Kalau naik basikal kat korea memang best sangat.. sambil menghirup udara yang segar dan melihat suasana yang indah di sana ^_^
Berbasikal di sekeliling Seoul sangat menyeronokan dan
mudah kerana korea menyediakan laluan basikal hampir di semua tempat. Selain
menjimatkan masa, berbasikal boleh membuang lemak yang terkumpul di perut. Di Korea basikal boleh dibawa masuk ke dalam bas dan subway di Seoul jika anda bergerak
antara 2 tempat yang agak jauh di Seoul...
No comments:
Post a Comment