DONGDAEMUN MARKET
Post kali ni nak citer tempat shopping yang best di Seoul,
Korea. Kalau uols dah sampai korea wajib pergi shopping kat 2 tempat ni iaitu Dongdaemun dan
Namdaemun Market. Ehh...nama macam sama je... Sebenarnya Dongdaemun dan Namdaemun ini mempunyai kisah tersendiri pada zaman dulu dan ia merupakan pintu gerbang utama ke kota Seoul...
Dongdaemun menggabungkan kemeriahan membeli belah di mall ia merupakan out door bazaar... juga dikenali sebagai syurga fesyen bagi masyarakat Korea yang sangat suka pada fashionistas.. Market ini juga merupakan shopping mall yg terbesar di korea. Hampir setiap perkara yang berkaitan
dengan fesyen boleh didapati di sini. Bak kata zalora...beratus jenama, beribu
gaya. Anda boleh memilih untuk shopping di mall pencakar langit seperti Doota
dan Migliae atau shopping di outdoor bazaar pada harga yang lebih berpatutan.
Pintu Gerbang Timur Utama Kota Dongdaemun
 |
Inilah ikon Dongdaemun... Pintu gerbang timur utama kota Seoul pada zaman silam. Lebih besar dari gerbang A Famosa Portugis di Melaka
Anda boleh berkunjung ke Dongdaemun siang atau pun malam kerana ia sentiasa open hampir 24 jam. Pada siang hari Dongdaemun dipenuhi dengan pelancong yang mencari barang pada harga berpatutan. Sebelah malamnya pula menjadi tempat peniaga memborong barang pada harga pukal. Untuk ke Dongdaemun, anda boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesyen Dongdaemun
|
Bahagian Kasut
salah satu jalan di Dongdaemun yang dipenuhi dengan
kedai kasut..
NAMDAEMUN MARKET.
 |
Namdaemun merupakan pintu gerbang selatan utama Kota Seoul
pada zaman dinasti Joseon. Bersebelahan dengan pintu gerbang ini, terdapat
Pasar Namdaemun
yang dipenuhi dengan pelbagai jenis pakaian, kasut, cenderahati, dan banyak lagi.
kalau uols dah sampai kat sini saya jamin anda pasti borong banyak barang kan hehe... Sebab mereka menawarkan harga yang sangat berpatutan dan agak murah juga... Pelbagai barang dijual di
sini, dengan harga dan kualiti yang sangat bagus. Barangan yang popular di sini ialah
pakaian, kraftangan, souvenir dan cermin mata, Item popular seperti brooch dan
sutera Korea semuanya ada dijual. Barang yang pelik dan jarang dijual di tempat
lain seperti ginseng dan ubatan tradisional Korea juga mudah didapati di market ini...
Tapi yang paling best dekat Namdaemun nie dah ramai peniaga korea boleh berbahasa
melayu dan mudah untuk pelancong dari Malaysia membuat proses tawar menawar dalam bahasa melayu hihi...tapi bukan semua
ye...ada sebahagian je...^__^ |
Bahagian Pakaian
 |
Kalau nak pergi namdaemun sebaiknya pergi waktu siang
sebab banyak kedai tutup pada waktu malam. Tengoklah meriah betul pasar Namdaemun nie mana taknya, barang
kat sini semua murah-murah belaka seronok sangat taw. Jomlah kite g Korea ramai2 mesti best punye tak caye? wait and see jee hihi....Tapi sebelum tu uols kene ada pasport dulu yer baru boleh pergi...Gamshamida ^_^
|
No comments:
Post a Comment